Pentadbiran Perikatan Nasional juga terlibat dalam ketirisan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terdapat ketirisan yang berlaku sewaktu pentadbiran Barisan Nasional tetapi pada masa sama ini tidak bermakna ketirisan tidak berlaku sewaktu pentadbiran Perikatan Nasional.

“Ada kebenaran di sebalik kenyataan bahawa berlaku ketirisan sewaktu pentadbiran BN. Perikatan Nasional pun ada banyak ketirisan. Projek penebatan banjir dan beberapa ketirisan lain.

“Ada siasatan yang dilakukan oleh jabatan berkaitan dan tindakan undang-undang akan diambil oleh Pejabat Peguam Negara,” kata Anwar ketika menjawab soalan susulan dari Radzi Jidin (Putrajaya-Perikatan Nasional. Soalan ini ditimbulkan ketika sesi

Radzi turut bertanya samada kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan membuka peluang untuk salah guna kuasa berlaku seperti mana yang berlaku ketika pentadbiran di bawah kepimpinan Najib Razak yang mengakibatkan skandal 1MDB.

Anwar berkata menjawat dua jawatan sekaligus tidak menyebabkan masalah.

“Soal sama ada kedudukan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu menjadi masalah, saya nak sebut di sini dalam sejarah kita sama ada digabungkan atau tidak bukan masalah.

“Masalahnya ialah guna kedudukan untuk rompak harta rakyat,” kata beliau.

Menjawab soalan dari Mas Ermiyati Samsudin pula, Anwar memberi jaminan bahawa pindaan akan dibuat kepada undang-undang yang melindungi pemberi maklumat di samping memastikan bahawa maklumat yang diberikan tidak bersifat fitnah.

Sementara itu, dalam menjawab soalan asas dari Lo So Fui (Tawau-GRS), Anwar memberi jaminan bahawa akta berkaitan pendanaan parti politik sedang diteliti.

“Kita ada komitmen utk teruskan tapi masih di peringkat awal. jabatan berkenaan dan parti politik akan lihat sebelum diteruskan.”

Anwar menjawab tiga soalan semasa sesi soalan perdana menteri dan tiga soalan sampingan dari ahli parlimen.

Tiada soalan dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut -Perikatan Nasional) dan Tan Sri Mahiaddin Yassin (Pagoh-Perikatan Nasional semasa sesi soalan perdana menteri.

BACA JUGA: Tradisi waktu pertanyaan perdana menteri