Kritik, hentam, bantai kerajaan diterima, fitnah tak boleh

Sany Hamzan (Hulu Langat-PH) ‘hilang sabar’ sekali lagi ketika Tan Sri Mahiaddin Md Yasin (Pagoh-PN) mendakwa kerajaan telah bertindak menekan anak muda dari bersuara di media sosial.

Mahiaddin mendakwa kerajaan telah menghalang anak-anak muda di TikTok dari bersuara, memandangkan TikTok adalah medium utama yang digunakan untuk mendapatkan sokongan anak muda kepada Perikatan Nasional.

Sany ketika bangkit meminta pencelahan, menegaskan bahawa Perikatan boleh ‘kritik, hentam, bantai’ kerajaan tetapi sama sekali tidak boleh menyebarkan fitnah.

“Saya rasa kalau nak kritik tak ada masalah. Kritiklah, hentamlah, bantailah. Tak ada masalah, kita boleh terima.

“Tapi yang isunya, semalam disebutkan (tentang) tiga budak perempuan. Eh soal buat fitnah ni tak kira budak perempuan ke budak lelaki ke orang tua ke orang muda ke.

“Kalau fitnah, kita tak boleh terima. Nak kritik, kritik. Nak hentam, hentam. Yang tak puas hati, bangunlah, bangun, bangun,” kata Sany.

Mahiaddin membalas mengatakan jika kritikan yang dilemparkan oleh rakyat bukan satu perkara yang terbukti fitnah, maka ia menjadi hak rakyat untuk bersuara.

“Kita tak nak bergaduh di sini Yang Dipertia. Kalau yang benar ialah benar. Kalau fitnah, tetap fitnah.

“Tapi kalau bukan fitnah, inilah penyataan hak rakyat untuk menyatakan sesuatu menerusi media TikTok. Apa salahnya?,” katanya.

Sany pula bingkas menyelar bahawa pihak pembangkang gemar menyebarkan fitnah yang dilihatnya boleh mengancam keselamatan negara.

“Isunya sebelah sana buat fitnah yang memang tak betul. Ini boleh ancam keselamatan negara. Inilah masalah PN ni, buat fitnah,” katanya.

Â