Rifaat tarik balik kenyataan berkaitan permohonan maaf pesuruhjaya Pas Perak kepada Anwar

Anak pesuruhjaya Pas Perak, Muhammad Rifaat Razman telah menarik balik kenyataannya yang mendakwa bahawa bapanya Razman Zakaria memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim demi menjaga nama baik perdana menteri.

Rifaat ialah ketua pemuda Pas Lenggong dan bertanding di DUN Kota Tampan.

Dia juga telah memadamkan hantarannya di Facebook dan menyahaktifkan akaun Facebooknya semalam. Perkara ini disahkan oleh peguam Anwar, Datuk Sankara N Nair.

Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan beliau mengambil keputusan untuk tidak meneruskan apa-apa tindakan.

Razman yang merupakan Adun Gunung Semanggol mengemukakan permohonan maafnya di mahkamah pada 9 Feb ekoran dari dakwaan beliau bahawa aktiviti LGBT akan menular sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri.

Dakwaan tersebut dibuat ketika kempen pilihan raya umum ke-15.

Empat bulan lalu Razman juga berkata bahawa beliau tidak akan memohon maaf.

BACA JUGA: Ketua Pas Perak, Razman Zakaria mohon maaf kepada Anwar