Fahmi: Kerajaan takkan kurangkan penjawat awam

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah menafikan laporan bahawa kerajaan akan mengurangkan bilangan penjawat awam.

“Kerajaan nafi sekeras-kerasnya tuduhan yang menyatakan penjawat awam akan dikurangkan,” kata Fahmi dalam sebuah kenyataan yang dimuatnaik di akaun Facebook beliau.

“Kerajaan tidak pernah ada sebarang pelan atau perbincangan ke arah itu dan kerajaan sentiasa menghargai kerjasama penjawat awam selama ini..”

Beliau berkata sedemikian sebagai reaksi kepada klip laporan berita Berita 757 oleh Awesome TV yang disiarkan oleh pengguna akaun TikTok.

Pengguna tersebut mendakwa ada cadangan dari pemerhati untuk mengurangkan bilangan penjawat awam.

Beliau turut meminta penjelasan dari pihak Berita 757 berkaitan dengan berita yang beliau gambarkan sebagai “idea dan cadangan mengarut.”

Â