Tujuh langkah Kementerian Pendidikan untuk menjaga kesejahteraan guru
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah mengumumkan, tujuh langkah yang bertujuan menjaga kesejahteraan guru yang akan dilaksanakan bermula dari sesi persekolahan 2023/2024, melalui satu kenyataan media.
Tujuh langkah tersebut adalah seperti berikut:
a) Memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat yang tidak memberikan impak besar terhadap pembelajaran murid dan hanya menambahkan beban tugas guru.
b) Mengurangkan kekerapan semakan elemen pengurusan sekolah Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang melibatkan guru kepada setahun sekali sahaja.
c) Menetapkan waktu mengunci masuk rekod kehadiran murid yang lebih fleksibel untuk guru iaitu 12 tengah hari untuk sesi pagi dan 5 petang untuk sesi tengah hari
d) Pelantikan pengawas peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) terbuka kepada individu selain guru.
e) Penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan terhad kepada peringkat kebangsaan dan sekolah.
f) Rancangan Pelajaran Harian (RPH) kembali memenuhi keperluan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.3/1999, yang merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi.
g) Autonomi guru dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran bilik darjah diperkukuhkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pelaksanaan.
Langkah-langkah ini diambil untuk mengatasi masalah beban kerja bukan perguruan yang seringkali membebankan para guru.
Â