Dr Zaliha mahu rakyat cegah penyakit, amal cara hidup sihat

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, rakyat Malaysia seharusnya membiasakan diri dengan amalan hidup sihat dan ‘mencegah penyakit lebih baik daripada merawat’.

Beliau berkata, usaha perlu dilakukan untuk mentranformasikan sistem kesihatan negara daripada penjagaan pesakit kepada penjagaan kesihatan.

Dr Zaliha berkata demikian ketika merasmikan Wellness Hub di Hospital Sultanah Aminah yang dihadiri bersama Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon serta Ketua Setiausaha KKM, Datuk Harjeet Singh pada pagi tadi di Johor Bahru.

“Saya menyambut baik perkhidmatan dan intervensi yang disediakan oleh Wellness Hub Hospital Sultanah Aminah

“Seperti kata nasihat, ‘mencegah lebih baik daripada merawat’,” katanya.

Dalam ucapan pada majlis itu juga beliau membawakan teras kesejahteraan yang terdapat di dalam gagasan #MalaysiaMADANI, selari dengan mencegah risiko penyakit melalui pembudayaan hidup sihat.

BACA JUGA Wanita AMANAH tuntut MP Pas buat permohonan maaf, tarik balik kenyataan