Muhyiddin suspek kes Jana Wibawa?
Penafian Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau hanya dipanggil sebagai saksi dan bukan suspek dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin hari ini dinyatakan oleh sumber dalaman badan itu sebagai tidak benar.
Menurut laporan Berita Harian, sumber dalaman SPRM mengesahkan bekas Perdana Menteri itu adalah antara suspek yang disiasat bagi projek Jana Wibawa.
Kata sumber berkenaan, selaku suspek Muhyiddin tidak sepatutnya memberi ulasan berunsur spekulasi kerana perkara itu akan mengganggu siasatan SPRM.
Laporan itu dipetik berkata, siasatan juga dijalankan terhadap beberapa individu termasuk bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“Tengku Zafrul juga akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” ujar sumber itu.
BACA JUGA Lepas disiasat SPRM isu pemberian projek, Mahiaddin kata beliau bukan suspek