Perarakan ala tentera: Pihak berkuasa perlu siasat

Pihak berkuasa diminta menyiasat perarakan Pemuda Pas dalam Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) semalam yang mengenakan pakaian kostum ala tentera Eropah abad pertengahan.

Asyraf Zulfadhly Zainudin

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Terengganu (AMK), Asyraf Zulfadhly Zainudin, tindakan tersebut perlu dilakukan agar perarakan seumpama itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.

“Kami berharap perhimpunan ini (Himpit) akan diambil maklum oleh pihak berkuasa tentang motif dan kesan terhadap apa yang telah berlaku.

“Pas sepatutnya sebagai parti memperjuangkan Islam wajar menunjukkan sifat cerminan agama yang lebih baik serta tidak bersifat mencari musuh,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak polis Terengganu dilaporkan mengesahkan program tersebut dan memanggil Pemuda Pas negeri bagi memberi penjelasan berhubung perhimpunan berkenaan.

BACA JUGA Fahmi: Kerajaan takkan kurangkan penjawat awam