Kerajaan pertimbang pengangkutan khas untuk wanita

Kerajaan sedang mempertimbangkan pengangkutan awam khas untuk wanita, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Bagaimanapun, katanya, jenis pengangkutan akan dipertimbangkan bukan hanya bas sahaja kerana ia melibatkan kos yang besar.

“Kita sedang pertimbangkan penggunaan van misalnya yang boleh mengkhususkan untuk wanita sahaja,” kata Loke ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin.

Khairil Nizam bertanya, apakah kementerian boleh mempertimbangkan perkhidmatan bas khas untuk wanita sahaja khasnya di waktu lewat malam untuk keselamatan mereka.

 

BACA JUGA Anthony Loke, Menteri Pengangkutan pilihan rakyat!