Perihal kes Jana Wibawa

Kita tahu pada hari ini ada dua pemimpin dari Parti PPBM (Bersatu) telah didakwa di mahkamah di mana salah seorang dari mereka adalah Ketua Penerangan Bersatu yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

Ahli Parlimen tersebut didakwa atas pertuduhan jenayah menerima rasuah sebanyak RM6.9 juta berkaitan isu Jana Wibawa (Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa)

Dia juga dituduh dengan satu lagi pertuduhan jenayah rasuah (bukan isu Jana Wibawa) yang melibatkan jumlah yang tidak ditentukan bagi projek Jalan Central Spine (CSR) yang dikatakan bernilai RM232 juta.

Melihat kepada jaminan sebanyak RM400,000 yang dikenakan kepada tertuduh oleh mahkamah di mana pada asalnya pendakwa memohon jaminan dikenakan antara nilai RM500,000 hingga RM1 juta, boleh dikatakan kes ini agak serius.

Ya, dari segi prinsip undang-undang, tertuduh berhak menyatakan dia hanya baru dituduh dan dianggap tidak bersalah sehinggalah mahkamah memutuskan sebaliknya. Itu prinsip undang-undang.

Kita tahu akaun Bersatu juga telah dibekukan kerana menurut SPRM dalam kes Jana Wibawa ini, siasatan dibuat di bawah dua Akta iaitu Akta SPRM dan Akta AMLA (pengubahan wang haram).

Saya tidak bercadang untuk mengulas isu pendakwaan ke atas YB Bersatu tersebut khususnya dari sudut merit dan demerit kes itu kerana ianya sudah tentu tidak adil dan tidak fair bagi tertuduh sebab akan ada elemen subjudis.

Saya cuma ingin sentuh dan komen sedikit beberapa perkara berkaitan isu ini dari perspektif lain.

Saya melihat ada beberapa perkara yang saya kira lebih elok jika ianya tidak berlaku jika kita serius ingin membincangkan isu a good practice atau kedaulatan undang-undang.

Saya faham YB tertuduh harus “membela” dirinya di media kerana dia adalah seorang ahli politik.

Oleh itu, tidak pelik jika dia pergi kepada “pembelaan” “blame game” iaitu pendakwaan ke atas dia kerana kerajaan ingin mengalih tumpuan susulan kegagalan kerajaan menangani isu rakyat.

Ya, ahli politik dan rakyat tidak boleh dipisahkan. Adapun, adakah ahli politik benar-benar jujur fikirkan soal dan nasib rakyat, ia mungkin kena bincang di forum lain.

Apapun diandaikan saya peguam dia (sudah tentu saya tidak layak) saya akan beritahu kepadanya, “YB, why don’t you just just shut off your “bloody mouth”! “.

Dalam undang-undang jenayah “less is more” dan “silence is gold”.

Presiden Parti Bersatu pula mendakwa pendakwaan ke atas YB tersebut adalah “biased” dan “pendakwaan terpilih”.

Dia juga menganggap pendakwaan itu untuk melemahkan Bersatu kerana sokongan ke atas Bersatu kian meningkat.

Namun, dia tidak berhenti di situ sahaja. Dia juga habaq perkara lain.

Akhbar Malay Mail lapor Presiden Bersatu habaq wang yang diterima oleh YB Tasek Gelugor dan seorang lagi pemimpin Bersatu yang didakwa adalah adalah sah (legal) kerana wang yang diterima itu adakah untuk kegunaan atau tujuan parti Bersatu di mana Perlembagaan Bersatu benarkan “political donation”.

Dia juga habaq setakat sekarang ini, Malaysia tiada undang-undang khusus yang mengatur isu kewangan parti politik (regulate finances of political parties).

Saya melihat Presiden Bersatu ini “agak rajin dan aktif” membuka mulut dia.

Baru-baru ini, apabila dia dipanggil oleh SPRM, dia juga habaq yang dia tidak bersalah dan dia bukanlah suspek sebab dia habaq itu yang pegawai SPRM habaq kat dia.

Tup tup tak lama selepas itu, Ketua Pengarah SPRM sangkal dakwaan yang kononnya dia bukan suspek.

InsyaAllah, sambung part II esok ya.