Tengku Zafrul sahkan disiasat sebagai saksi skandal Jana Wibawa
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengesahkan bahawa beliau telah disoal siasat sebagai saksi berkaitan skandal Jana Wibawa.
“Saya ingin mengesahkan bahwa saya telah memberi kenyataan sebagai saksi untuk membantu penyiasatan ke atas Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa’ oleh SPRM lewat tengah hari semalam.”
Dalam perkembangan berkaitan, ahli parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dari Bersatu telah didakwa atas tuduhan meminta dan menerima rasuah.
BACA JUGA: Wan Saiful didakwa terima rasuah RM6.9 juta Jana Wibawa