Dokumen Belanjawan 2023 disempurnakan petang ini

Belanjawan 2023 yang ditunggu tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia telah pun disempurnakan dokumennya pada petang tadi.

Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi ke Kementerian Kewangan di Putrajaya untuk meninjau kerja kerja akhir menyempurnakan dokumen tersebut dan menurunkan tandatangan ke atas belanjawan berkenaan.

“Luang masa meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2023 Malaysia MADANI dan menandatangani dokumen berkaitan di Kementerian Kewangan petang tadi.

“Saya turut diapit Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Johan Mahmood Merican,” katanya dalam catatan di Facebook.

Kepada rakyat Malaysia beliau berpesan agar menunggu pada petang esok butiran Belanjawan yang akan dibacakan di Dewan Rakyat.

“Saya sempat beramah mesra dengan kakitangan yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2023 Malaysia Madani. InsyaAllah, nantikan pembentangannya jam 4.00 petang esok,” katanya lagi.

Belanjawan 2023 dibentangkan semula kerana pembentangan sebelum ini pada 28 Oktober 2022 tidak sempat diluluskan berikutan pembubaran parlimen bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15.

BACA JUGA PM Anwar ucap takziah, Dr Kamal Hassan beri sumbangan besar dunia akademik

Â