Kerajaan Perpaduan ambil pendekatan tawaduk, rendah diri, kata Nga

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, Kerajaan Perpaduan mengambil pendekatan tawadduk dan rendah diri dalam urusannya termasuk mendapatkan ilmu dari luar negara.

“Kerajaan Perpaduan mengambil pendekatan tawadduk dan rendah diri untuk belajar tidak kira dari mana atau dengan siapa,” kata Kor Ming, ahli Parlimen DAP dari Perak itu.

Beliau menjawab soalan dari Ahli Parlimen Setiu dari Pas, Shaharizukirnain Abd. Kadir yang bertanya kenapa kerajaan mengambil pakar dari Housing Development Board (HDB) Singapura untuk membantu pembangunan perumahan untuk Malaysia.

Menurut Nga Kor Ming, tindakan Kerajaan Perpaduan khasnya kementerian beliau sesuai juga dengan pepatah Melayu, Yang buruk dijadikan sempadan manakala yang baik dijadikan tauladan.

Beliau juga berkata, HDB telah mendapat lima anugerah di peringkat antarabangsa dalam pembangunan perumahan di negara jiran itu.

 

BACA JUGA Sanusi dikecam selepas dakwa KPKT ancam kepentingan kaum

JUGA PN mainkan politik perkauman bukannya bela isu rumah rakyat

Â