Pejuang dalam PH? Kena bincang dengan BN juga

Penyertaan Pejuang ke dalam Pakatan Harapan, jika berlaku, akan mengambil kira pandangan Barisan Nasional dalam konteks pilihan raya negeri, kata timbalan presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub.

“Pertemuan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur baru-baru ini memutuskan supaya PH dan BN fokus kepada perbincangan lanjut tanpa membabitkan kerjasama baru daripada mana-mana gabungan atau parti lain.

“Menerusi pengalaman saya, kita akan menunggu Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir (yang) mungkin mahu meminta mengadakan pertemuan rasmi.

“Selepas itu, PH boleh membuat keputusan atau PH perlu bincangkan dengan BN. Baru kita akan nyatakan sikap kita terhadap permohonan Pejuang,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia semalam.

Salahuddin berkata demikian ketika mengulas perkembangan terkini dari Kedah yang bakal menyaksikan pilihan raya negeri.

Presiden Pejuang, Datuk Mukhriz Mahathir telah mengadakan pertemuan dengan pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Mukhriz juga dilaporkan berunding dengan Perikatan Nasional untuk membolehkannya bertanding mempertahankan kerusi dewan undangan negeri Jitra yang dimenanginya dalam pilihanraya umum ke-14

Beliau gagal mempertahankan kerusi parlimen Jerlun di dalam pilihan raya umum ke 15.

BACA JUGA: PRN Kedah: Mahfuz nafi pertemukan Mukhriz, Anwar