Hutang perlu digunakan dengan produktif – Dr Rais Husin

Hutang yang tinggi bagi Malaysia sehingga RM1.5 trilion bukanlah satu masalah sekiranya digunakan untuk sektor yang produktif.

Namun hutang akibat skandal 1Malaysai Develompment Berhad misalnya menyukarkan keadaan kewangan negara.

Dr Rais Husin dari EMIR Research berkata Singapura dan Jepun juga banyak berhutang tetapi melaburkannya ke atas sektor yang produktif.

“Kalau lihat Jepun, Singapura hutang yang dialami begitu besar, tetapi hutang yang diambil mereka untuk tujuan produktif yang membawa pulangan berlipat ganda.

“Hutang bukan masalah tetapi cara penggunaan hutang yang produktif. Kalau lihat bajet apa rakyat mahu pula, rata rata lebih 95% rakyat perlukan kos sara hidup lebih baik,” katanya dalam tinjauan pendapat disiar Bernama TV sebentar tadi.

Beliau juga melihat terdapat masalah berat apabila pelajar graduan akhirnya bekerja sebagai pencuci kereta juga berkenaan krisis penjagaan kesihatan yang ketika ini

Manakala bagi Profesor Pembangunan Antarabangsa, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya (UM), Dr Rajah Rasiah pula terdapat 2 perkara yang menjadi keutamaan Pedana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023.

“2 perkara yang ketara, PM bimbang hutang mencecah 60% KDNK.

“PM juga condong kepada golongan miskin, iaitu miskin tegar dan itu yang menjadi sasaran. Perlu penyesuaian supaya mereka ini disasarkan untuk dibantu.

“Macam Menu rahmah itu saya tidak lihat slogan sahaja tetapi lebih daripada itu,” katanya.