Kerajaan salur RM100 juta bantu jayakan program Jualan Rahmah seluruh negara

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk menjayakan program Jualan Rahmah di setiap 222 kawasan Parlimen.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya juga akan meningkatkan peruntukan daripada RM200 juta kepada RM225 juta bagi memperluaskan program pengedaran barangan keperluan asas ke 25 kawasan baharu.

”25 kawasan baharu itu antaranya di Paloh dan Passin, Sarawak, Pasir Raja, Terengganu dan Kuala Krai di Kelantan,” katanya dalam ucapan pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Belanjawan ini adalah belanjawan sulung Anwar sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan pada November tahun lalu.

Pada 20 Disember lalu, Anwar sudah membentangkan ‘Bajet Mini’ bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan, membabitkan wang bernilai RM107.7 bilion.