Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 akan diumumkan
Kerajaan akan mengumumkan Pelan Perindustrian Baharu 2030.
Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelan perindustrian baharu akan diumumkan untuk melakar hala tuju pembangunan perindustrian yang bertumpukan aktiviti berkualiti tinggi dan pengambilan bakat tempatan.
“Selari dengan Pelan ini, agensi promosi pelaburan dan insentif pelaburan akan distruktur semula ke arah kadar cukai berperingkat berasaskan hasil seperti mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, mendalami rantaian bekalan dengan firma tempatan dan mewujudkan kelompok industri baharu.
“Pemantauan pelaburan yang menerima insentif juga akan diperkasa untuk memastikan manfaat yang diharapkan dapat diperolehi sepenuhnya oleh negara dan rakyat,” katanya.
Anwar berkata kerajaan akan mengumumkan Pelan Perindustrian Baharu 2030 pada suku ketiga tahun ini.
“Selari dengan Pelan ini, agensi promosi pelaburan dan insentif pelaburan akan distruktur semula ke arah kadar cukai berperingkat berasaskan hasil seperti mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi, mendalami rantaian bekalan dengan firma tempatan dan mewujudkan kelompok industri baharu.
“Pemantauan pelaburan yang menerima insentif juga akan diperkasa untuk memastikan manfaat yang diharapkan dapat diperolehi sepenuhnya oleh negara dan rakyat,” katanya dalam ucapan pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, sebentar tadi.
Anwar berkata, antara isu utama pelabur asing ialah kurangnya bakat tempatan yang membolehkan mereka melabur dan beroperasi di Malaysia.
“Sedangkan pada masa sama, kita memberi biasiswa kepada lebih 1,000 pelajar setiap tahun untuk bidang kejuruteraan di Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.
”Bagi menangani isu ini, Kerajaan akan menyelaras kerjasama antarabangsa dengan syarikat multinasional asing untuk
menyediakan peluang perantisan di negara pemegang biasiswa menuntut,” ujarnya lagi.
Menurut Anwar lagi, pelajar yang terlibat turut dibenarkan untuk menyempurnakan bon perkhidmatan mereka dengan syarikat berkenaan.
BACA LAGI PM Anwar bentang Belanjawan Madani untuk hadapi ekonomi lemah