RM10 juta cetak al-Quran bahasa Sweden, bahasa asing utama dunia

Sebanyak RM10 juta ringgit akan disumbangkan kepada Yayasan Restu bagi pengedaran segera cetakan 20,000 naskhah terjemahan al-Quran dalam bahasa Sweden serta bahasa asing utama dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tersebut semasa pembentangan Belanjawan 2023 sebentar tadi.

Pengumuman mengenai dana tersebut susulan tindakan Islamofobia ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di Stockhlom bulan lalu.

“Pada 27 Januari yang lalu, saya telah umumkan bahawa kita akan mencetak sebanyak sejuta naskhah al-Quran sebagai simbolik penuh hikmah dan matang bagi menjawab serangan purbasangka terhadap Islam seperti kejadian pembakaran kitab suci al-Quran di Sweden baru-baru ini,” katanya.

Susulan itu, Anwar melalui kenyataan pada 22 Januari lalu, menyifatkan perbuatan biadab itu bukan sahaja mengundang provokasi dan sensitiviti tidak hanya kepada Turkiye, malah lebih dua bilion umat Islam di seluruh dunia.

Tegasnya, Malaysia turut mengeji sebarang bentuk kebencian serta menyemarakkan perkauman dalam perkataan atau perbuatan yang meningkat atas alasan kepercayaan agama dan etnik.

BACA JUGA Runding terus ditender semula, kerajaan jimat RM3 bilion

Â