Sultan Selangor berkenan terima serahan zakat perniagaan RM24 juta

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada 14 syarikat korporat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah lebih RM24 juta.

Penyerahan itu disempurnakan dalam majlis yang diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pada Jumaat.

Selangor Royal Office dalam kenyataan berkata syarikat korporat terlibat adalah Gas Malaysia Berhad, DRB-HICOM Berhad, Northport Malaysia Berhad, UMW Holdings Berhad dan Tenaga Nasional Berhad.

Turut terlibat CelcomDigi, Malaysia Airports Holdings Berhad dan QSR Brands (M) Holdings Berhad.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail.

 

 

BACA JUGA: Zakat Selangor salur maksimum RM2,000 setiap keluarga, bantu pelajar asnaf