Menu Rahmah melalui mesin layan diri bermula

Rakyat tidak perlu gusar lagi untuk menikmati sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam dengan harga yang lebih murah.

Lebih banyak pilihan untuk rakyat selepas ini dengan harga serendah RM2 bagi sarapan pagi berupa nasi lemak manakala hidangan makan tengah hari pula dengan harga rahmah RM5.

Di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) oleh Kementerian Ekonomi, Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) membolehkan peniaga menjual makanan umum dengan harga rendah dan berkualiti tinggi menerusi mesin layan diri (vending machine).

Seorang peniaga dengan satu mesin layan diri. Peniaga wajib meletakkan menu makanan berharga RM2 dalam mesin itu.

Bagi tempoh dua tahun, kerajaan akan membiayai kos sewa mesin layan diri dan tapak niaga di lokasi yang tinggi trafik pejalan seperti stesen LRT and MRT.

Peniaga pula terdiri daripada golongan miskin tegar dan B40. Inisiatif INSAN bertujuan untuk meningkatkan pendapatan mereka.

Mesin layan diri INSAN pertama ini diletakkan di LRT Cempaka. Kerajaan menyarankan sebanyak 5,000 mesin layan diri atas inisiatif tersebut beroperasi di seluruh negara.

BACA JUGA Selangor lancar Inisiatif Pendapatan Rakyat

Â