Utamakan hasil tani tempatan, rancakkan agropelancongan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa menyemak kedudukan empat dimensi sekuriti makanan negara iaitu ketersediaan, akses, penggunaan serta kestabilan dan kemampanan.
Menterinya, Mohamad Sabu berharap agar orang ramai mementingkan keluaran hasil tani dlam negara ini.
“Saya ingin menyeru kepada semua lapisan masyarakat untuk mengutamakan produk-produk pertanian tempatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Dalam masa sama, beliau yang juga Presiden AMANAH menggalakkan agar pusat-pusat agropelancongan dalam negara dikunjungi untuk membantu merancakkan ekonomi setempat.
BACA JUGA Salahuddin sedia perhalusi isu pemain industri kreatif
Â