17 minit Ketua Pembangkang sembang kosong

Dewan Rakyat bertukar tegang apabila ucapan perbahasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dikritik oleh Sim Tze Tzin (Bayan Baru-PH) yang mendakwa mukadimah Ketua Pembangkang hanya merupakan sembang kosong tanpa isi.

Sim Tze Tzin (Bayan Baru-PH) mempersoalkan kenapa ucapan Hamzah selama 17 minit langsung tidak menyentuh tentang belanjawan bayangan.

“Saya ada jangkaan yang sangat tinggi terhadap Larut, tetapi selama 17 minit saya teliti, Larut bercakap tidak ‘straight to the point’.

“(Ucapan Hamzah) tak ada isi, dia sembang kencang. Larut, anda boleh kritik tapi saya mohon supaya bangkitkan belanjawan bayangan.

“Setakat ini pihak pembangkang tak buat kerja. Kalau nak jadi pembangkang konstruktif, bawalah belanjawan bayangan. Saya rasa kecewa sebab pembangkang tak konstruktif,” katanya.

Ia kemudian mengundang kemarahan Hamzah yang meminta Bayan Baru supaya duduk dan tidak mencelah.

Datuk Seri Hamzah Zainuddin memulakan sesi perdebatan Belanjawan 2023 selaku Ketua Pembangkang

Katanya, jika Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh memulakan ucapan dengan ayat Quran dan falsafah demi falsafah, mengapa beliau tidak boleh berbuat demikian

“Yang Dipertua kalau itu cara dia, saya minta dia duduk.

“Kalau Ahli Parlimen Tambun boleh mula dengan ayat Quran dan segala falsafahnya, apa salahnya juga pembangkang melalui saya bermula dengan pendahuluan seperti ini. Yang kau sibuk pasal apa,” balas Hamzah, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (Tambun-PH).

Sim lantas bangkit membalas dengan mengatakan dia hanya mahukan fakta bukannya sembang kosong dari ketua pembangkang.

Belanjawan 2023 telah dibentangkan oleh Anwar selaku Menteri Kewangan pada 24 Februari.

BACA JUGA: Isu Menu Rahmah: Dr Halimah mohon maaf pada Dewan

 

Â