MoF Inc peroleh RM8.064 bilion

Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc.) berjaya memperoleh RM8.064 bilion hasil daripada penyelesaian yang dicapai berkaitan pertikaian yang dengan Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) dan Aabar Investments PJS.

“IPIC dan Aabar PJS telah bersetuju membayar USD1.8 bilion kepada MOF Inc dan 1Malaysia Development Berhad.”

USD1.8 billion bersamaan RM8.064 bilion.

Kes membabitkan kedua -dua pihak dengan kerajaan Malaysia telah difailkan di Mahkamah Penimbangtara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.

IPIC ialah syarikat yang dipunyai oleh Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu.

Pertikaian melibatkan IPIC dan Aabar PJS timbul apabila kerajaan mendakwa bahawa kedua -dua syarikat ini terlibat di dalam skandal 1MDB.

IPIC telah menyediakan dua bon dalam bentuk USD dan ia telah diberikan kepada Goldman Sachs untuk mendapatkan dana berjumlah USD3.5 bilion.

Cubaan kerajaan untuk mendapatkan USD5.78 bilion daripada usahasama oleh kedua syarikat tersebut ditangguhkan oleh hakim mahkamah tinggi London pada tahun 2019.

Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas berhujah bahawa mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab untuk pemberian USD5.78 bilion dan tindakan beliau tidak berdasarkan kepentingan negara dan syarikat.

Beliau berusaha mendapatkan baki USD 1.46 bilion.

Kerajaan mendapatkan kebenaran mahkamah untuk meneruskan kes terhadap kedua-dua syarikat di atas pada bulan Nov 2021.