Peniaga makanan akui tidak ‘cukup tangan’ penangan Menu Rahmah

Seorang peniaga makanan di Gombak, Selangor mengakui jualannya meningkat mendadak hasil inisiatif Kerajaan Perpaduan melaksanakan jualan makanan Menu Rahmah yang berharga RM5.

Beliau memberitahu jualan Nasi Sambal Geprek yang diusahakannya mendadak naik sehingga mampu mencukupkan wang untuk membayar gaji pekerjanya sebelum tiba bulan baharu.

“Hasil Menu Rahmah. Mencanak penjualannya. Belum cukup bulan lagi tetapi gaji pekerja dah boleh kira dan cukup semuanya.

“Kalau tidak, sebelum ini 1 haribulan baru nak kira. Alhamdulillah,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook Kamal Hero Malaya.

Pemilik gerai Dapor Opah itu turut berkongsikan sejumlah wang berikat tali getah menerusi hantarannya di Facebook.

Pemilik gerai Dapor Opah itu turut berkongsikan duit berikat tali getah menerusi hantarannya di Facebook.

Dalam masa sama, peniaga berkenaan menyifatkan ada nilai sedekah dalam inisiatif kerajaan yang dapat meringankan beban kos sara hidup ditanggung oleh rakyat itu.

“Rupanya dalam Rahmah itu ada sedekah… rahsia Allah yang kita tidak tahu. Terima kasih Kerajaan Perpaduan,” tambahnya.

Malah, kata beliau lagi, sambutan yang amat menggalakkan itu menyebabkan pekerja-pekerjanya mengadu tidak ‘cukup tangan’ kerana ramai pelanggan yang membeli Menu Rahmah.

BACA JUGA Menu Rahmah melalui mesin layan diri bermula