Pornografi kanak kanak: KKD teliti Akta Komunikasi, Multimedia

Kementerian Komunikasi dan Digtal (KKD) akan meneliti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi membenteras aktiviti pornografi di kalangan kanak-kanak.

Menurut menterinya, Fahmi Fadzil, satu pasukan khas akan ditubuhkan untuk itu dan undang undang berkaitan perlu diteliti semula untuk melindungi golongan kanak-kanak serta wanita daripada aktiviti pornografi dan keganasan seksual.

“Kita akan membuat pengumuman mengenainya sebaik sahaja kita memulakan siri libat urus di pelbagai kementerian.

“Sebagai contoh, Akta Komunikasi dan Multimedia sama ada terdapat bahagian undang-undang yang perlu dipinda bagi menyelamat dan melindungi wanita serta kanak-kanak tetapi tidak akan mengekang apa sahaja komitmen kerajaan terhadap syarikat teknologi maklumat sebelum ini,” katanya

Ketika pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penubuhan pasukan khas yang akan dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11)

Pasukan itu jelasnya akan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk mencari pelaku terlibat.

BACA JUGA Asyik tanya formula, Rafizi lancar inisiatif jualan makanan serendah harga RM2