Dewan kecoh, Khoo bangkitkan skandal membabitkan menantu Mahiaddin

Tindakan Khoo Poay Tiong (Kota Melaka-PH) membangkitkan contoh kes skandal membabitkan menantu Tan Sri Mahiaddin Yassin (Pagoh-PN) dalam perdebatan berkaitan pendanaan politik.

“Tiga bulan ini skandal demi skandal dibongkarkan. Contohnya skandal Jana Wibawa RM7 bilion, skandal Imigresen 1 bilion membabitkan anak menantu Pagoh. Ini tujuan politik. Ini perkara sudah diketahui.

“Ada parti politik dilaporkan dalam berita.”

Beliau berkata demikian ketika mendebatkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat. Perkara ini bagaimanapun menyebabkan ramai ahli pembangkang membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(6) yang menegah ucapan dibuat terhadap ahli parlimen tertentu.

“Suratkhabar mana? Tarikh bila dan siapa pegawai yang menyatakannya?” soal Awang Solahuddin Hashim (Pendang-PN).

Sebilangan dari mereka seperti Shahidan Kassim (Arau-PN) mencabar Khoo untuk mengulangi kenyataan tersebut di luar Dewan.

“Buat keputusan. Ini sangkaan jahat,” tambah Shahidan kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng. Lau juga ahli parlimen Lanang.

RSN Rayer (Jelutong-PH) turut membantu Khoo.

“Ia dilaporkan di dalam New Straits Times bertarikh 9 Feb 2023,” kata Rayer.

Mahiaddin Yassin (Pagoh-PN) yang masuk ke Dewan kemudian menjelaskan bahawa kenyataan Khoo adalah salah.

Waktu ucap saya dah jelaskan. Menantu saya dapat kontrak imigresen. Tuduhan itu fitnah, tak betul dan nak jatuhkan maruah saya dan keluarga saya.

Beliau turut memberikan gambaran negatif terhadap media massa.

“Suratkahabar sekarang mempunyai sangkaan buruk dan menyebarkan berita palsu.

“Keputusan jawatankuasa pemilihan dibuat secara tender terbuka dan dipengerusikan oleh Larut selaku Menteri Dalam Negeri.”

Alice kemudian memutuskan agar Khoo menarik balik kenyataan.