Jana Wibawa: Adam Radlan didakwa kali ketiga

Ahli perniagaan dan timbalan ketua bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad 42,yang telah didakwa dua kali sebelum ini berkaitan projek Jana Wibawa sekali lagi didakwa di mahkamah.

Dakwaan kali ketiga ini melibatkan pertuduhan rasuah RM2juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Adam Radlan didakwa secara rasuah meminta suapan wang berjumlah RM2 juta daripada Lian Tian Chuan sebagai upah untuk tertuduh kerana membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Ibu Pejabat Daerah Klang Utara, Selangor daripada Kerajaan Malaysia bernilai RM141 juta.

Kesalahan itu dikatakan dilakukan di sebuah restoran di Publika, Damansara dalam bulan Januari 2022.

Dakwaan telah dibuat dibawah (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.

Adam telah minta dibicarakan.

BACA JUGA: Pemimpin Bersatu dikenakan 2 lagi tuduhan rasuah berkait Jana Wibawa