Menteri jamin PPR di Kepala Batas

Satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah diluluskan untuk dilaksanakan di Kepala Batas melibatkan 700 unit rumah pangsa, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

“Projek ini melibatkan pembinaan sebanyak 700 unit rumah pangsa dan akan dilaksanakan secara tender terbuka sekiranya memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan,” kata beliau dalam jawapan bertulis kepada Chow Kon Yeow (Batu Kawan-PH).

“Majlis pecah tanah PPR Kepala Batas telah diadakan pada 2 November 2022.

“Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga telah mengemukakan satu (1) lagi cadangan projek PPR di Pulau Pinang kepada Kementerian Ekonomi untuk pertimbangan di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3), RMKe-12.”

Isu ketiadaan rumah PPR juga telah dibangkitkan oleh Siti Mastura Muhammad (Kepala Batas-PN).