Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan diperkenalkan dalam masa terdekat
Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak akan diperkenalkan dalam masa terdekat.
“Kerajaan belum bercadang untuk memperkenalkan semula GST. Sebarang perubahan dasar berkaitan cukai perlu mengambil kira kesan terhadap ekonomi dan kos sara hidup rakyat,” kata beliau dalam satu jawapan bertulis kepada Richard Riot (Serian-GPS).
Beliau menambah bahawa masa sekarang tidak sesuai untuk pengenalan semula GST tetapi pada masa sama tidak menafikan keberkesanannya.
“Ketika ini bukanlah masa yang sesuai untuk GST diperkenalkan kerana cabaran ekonomi yang dijangka dihadapi pada tahun 2023 iaitu kadar inflasi makanan yang agak tinggi, pertumbuhan ekonomi yang sederhana serta kadar pertumbuhan ekonomi yang sederhana.
“Sungguhpun demikian, tidak boleh menafikan potensi GST sebagai kita salah satu instrumen fiskal yang boleh memastikan kelestarian dan kemampanan kedudukan ekonomi negara pada masa hadapan.”
Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan mengkaji kesesuaian pengenalan cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham syarikat yang tidak tersenarai di Bursa Malaysia mulai tahun 2024.
BACA JUGA: Cukai barang mewah diperkenal, tidak cadang laksana semula GST