Dasar pengkhianat memang macam tu, kata penyokong PH kepada Hadi

Pengakuan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa jika Pakatan Harapan jatuh lagi bukan kerana tebuk atap tetapi atap bocor, diserang oleh penyokong Kerajaan Perpaduan dan netizen.

Bagi mereka, kenyataan ini adalah datangnya dari orang yang anti demokrasi dan anti kestabilan selepas kerajaan yang ada dipilih dan direstui oleh Yang Dipertuan Agong.

Bagi mereka juga, kenyataan ini mengesahkan bahawa Hadi dan Perikatan Nasional (PN) memang berusaha untuk merampas kerajaan sekali lagi walaupun rakyat memberikan kemenangan kepada PH untuk memerintah menerusi pilihan raya umum lalu.

“Dasar pengkhianat memang macam tu, nak tunggu rakyat pilih, rakyat tak mahu pilih.

“Nak tunggu bergabung dengan orang lain, asyik bercerai berai setiap kali pakatan dibuat.

“Walaupun dah cukup jumlah, dah lebih dari cukup, kena tunggu atap bocor pula…..” kata Che Ibrahim Mohamed, seorang pemimpin AMANAH dari Kelantan.

Ketika membentuk kerajaan bersama Bersatu selepas menjatuhkan kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan, Hadi berkata, mereka bukan masuk ikut pintu belakang sebagaimana yang didakwa pemimpin Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

“Ini adalah untuk mengambil alih pemerintahan melalui atap, bukan oleh pintu belakang. Tebuk atap,” kata Hadi dalam perutusan yang disiarkan melalui facebook beliau pada 10 Mac 2020 lalu.

Hadi dalam Dewan Rakyat semalam berkata, sekiranya pentadbiran PH runtuh lagi, maka gabungan pembangkang hari ini tidak boleh dipersalahkan.

“Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami. Bukan tebuk atap, tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah.

“Kejayaan menukar kerajaan bukan melalui tebuk atap, tetapi atapnya bocor dan dinding kacanya yang berkecai,” kata Hadi yang mendakwa PN sudah cukup jumlah untuk membentuk kerajaan sebaik sahaja selesai PRU15 lalu tetapi tidak boleh membentuk kerajaan.

ANTI KESTABILAN

Sementara itu, netizen membuat pelbagai komen terhadap kenyataan Hadi semalam itu dan paling utama mereka menyifatkan Hadi gila kuasa dan anti kestabilan.

“Kalau kita tengok kenyataan ini, dalam kepala otak mereka ini tidak mahu melihat Malaysia ini aman dan stabil dari segi politik.

“Sebab mereka tidak berkuasa dan hanya kerana sebab mereka tidak memerintah Malaysia ini. Inilah orang yang anti kepada demokrasi, inilah orang yang anti kepada kestabilan dan kemakmuran,” kata seorang tiktokers yang menggunakan akaun Mawibtu menerusi Tiktok beliau.

Klik untuk melihat komen penuh Tiktokers ini terhadap kenyataan Hadi.

 

Sham MN melalui facebook pula  berkata, “24 jam merapu hal politik bukan risau atau ambil berat hal rakyat.. pengundi nya pun mmg jenis bebal.. undi dia..”

Sally Yusop pula berkata, Hadi ini tidak habis-habis hendak merampas kuasa.

“Mereka dah kemarok kuasa..tak cukup makan gaji buta,” kata beliau merujuk kepada jawatan beliau ketika dilantik sebagai Duta Khas ke Timjur Tengah bertaraf menteri tetapi tidak nampak sebarang usaha dan hasilnya.

 

BACA JUGA Strategi PN tebuk atap: Kuasai Umno, tawar jawatan PM untuk Sarawak

JUGA Tauke perabot dari Pagoh proksi Mahiaddin, dakwa ahli MKT Umno