‘Hajiji kekal berkuasa dengan pencak silat politik’

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kebolehan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang membuka pencak silat politik untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan seperti kerajaan pusat.

“Meskipun tidak dikenali sebagai seorang yang kuat, Hajiji telah menggunakan pencak silatnya untul kekal berkuasa dan mempunyai majoriti sekarang,” kata Anwar ketika menemui Hajiji semalam dalam rangka lawatan rasmi beliau yang pertama ke Sabah.

Anwar turut menjelaskan pendirian beliau untuk membabitkan semua pihak di dalam kerajaan pimpinan beliau.

Kerajaan pimpinan Anwar terdiri daripada Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah. GRS ialah pakatan politik pinpinan Hajiji.

Kedudukan Hajiji sebagai ketua menteri goyah pada 6 Januari apabila ketua Umno Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri ketika itu, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin menarik sokongan BN kepada GRS, lantas menyebabkan Hajiji hilang majoriti.

Cubaan rampasan kuasa dengan sokongan Parti Warisan Sabah itu walau bagaimana pun gagal apabila 44 daripada 72 Ahli Dewan Undangan Negeri dari pelbagai parti menyokong Hajiji.

BACA JUGA: Anwar pertimbang tambah peruntukan khas Sabah

Â