Iklan politik diharamkan di TikTok

TikTok Malaysia telah mengharamkan iklan politik di platformnya selaras dengan perubahan dasar yang dibuat oleh syarikat tersebut.

Menurut suratkhabar berbahasa Inggeris, New Straits Times, perubahan dasat telah dibuat ke atas akaun parti politik, ahli politik dan kerajaan.

“Kita tidak membenarkan iklan berbayar yang mempromosi atau menentang calon, kerajaan, pemimpin, parti atau kumpulan politik atau perkara berbangkit di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan,” ketua dasar awam TikTok Malaysia, Hafizin Tajuddin.

Hafizin turut menafikan dakwaan bahawa ada kakitangan syarikatnya yang bekerja sebagai moderator kandungan terlibat mempromosi parti tertentu.

Perkara ini dinyatakan sebagai respon kepada kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang menyatakan bahawa moderator TikTok berat sebelah.

TikTok banyak digunakan oleh parti pembangkang semasa pilihan raya umum ke 15.

Banyak negara asing telah pun menyekat penggunaan platform video pendek ini.

BACA JUGA: Akaun TikTok walaun tabur fitnah cecah lebih 1 juta ‘likes