20,000 naskah Al Quran terjemahan bahasa Sweden akan dicetak
Ekoran pembakaran Al Quran yang dilakukan ektremis Sweden, rakyat negara itu akan dibekalkan dengan 20,000 naskah Al Quran dengan terjemahan bahasa Sweden.
20,000 naskah Al Quran dengan terjemahan bahasa Sweden adalah sebahagian dari satu juta Al Quran yang akan dicetak oleh negara ini ekoran tindakan kumpulan ektremis Sweden itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan RMRM10,000 juta untuk mencetak satu juta Al Quran termasuk 20,000 dengan terjemahan bahasa Sweden itu.
“Pada 27 Januari yang lalu, saya telah umumkan bahawa kita akan mencetak sebanyak sejuta naskhah al-Quran sebagai simbolik penuh hikmah dan matang bagi menjawab serangan purbasangka terhadap Islam seperti kejadian pembakaran kitab suci al-Quran di Sweden baru-baru ini,” katanya.
Rasmus Paludan, ketua Parti Stram Kurs, kini di bawah perlindungan polis selepas membakar senaskah al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm, Sabtu 21 Januari lepas.
Tindakan itu mendapat kecaman antarabangsa khasnya dari negara Islam dan dunia Arab. Mereka membuat pelbagai tindakan termasuk berdemontrasi dan membakar patung Rasmus Paludan.
PM Anwar ketika memberikan respon kepada kejadian itu berkata, Malaysia akan mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskah Al-Quran di Sweden.
Menegaskan bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar naskhah al-Quran di Sweden baru-baru ini, Anwar berkata ikhtiar yang akan dilaksanakan Yayasan Restu itu adalah cara paling berfaedah untuk menjawab kebiadaban yang dilakukan terhadap kitab suci itu.
“Saya setuju supaya cara paling berfaedah menjawab semua kerja-kerja gila dan biadab (membakar al-Quran) ini ialah untuk teruskan usaha yang telah dimulakan dan bertekad dalam masa singkat untuk cetak dan edar satu juta al-Quran ke seluruh dunia.
“(Ia akan) disusuli dengan beberapa program ke arah penghayatan dan pemahaman al-Quran dengan mesej dengan risalah jelas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Festival Kesenian al-Quran Sejagat Restu di Putrajaya 28 Januari lepas.
BACA JUGA Selepas 12 tahun, filem Anwar: The Untold Story bakal ke pawagam pada Mei
JUGA Bakar al-Quran: Ulama sambut baik sikap tegas Anwar, redakan Islamofobia