Tujuh negeri sahaja kuatkuasa enakmen larangan tukar parti

Hanya tujuh negeri sahaja yang menguatkuasakan enakmen negeri larangan bertukar parti setakat ini.

“Sehingga kini, negeri Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak adalah antara negeri yang telah menguatkuasakan enakmen negeri masing-masing berkaitan larangan bertukar parti di peringkat Dewan Undangan Negeri,” kata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said

Beliau berkata demikian dalam dalam jawapan bertulis beliau kepada Hassan Abdul Karim (Pasir Gudang-PH).

Pindaan Perlembagaan yang melarang ahli Parlimen melompat parti telah dikuatkuasakan sejak 5 Oktober 2022.

Ketiadaan enakmen atau undang-undang peringkat negeri seperti ini juga merupakan sebab Adun melompat parti seperti yang disaksikan di Sabah.

BACA JUGA: Sabah bentang enakmen anti lompat parti bulan hadapan