2 hari di Filipina penuh bermakna buat PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan rasmi ke Filipina mula 1 Mac hingga 2 Mac 2023. Dalam lawatan yang sungguh bermakna ini, Anwar turut dianugerahkan doktor kehormat oleh Universiti Filipina.

Di samping berbincang dengan pemimpin kerajaan, Anwar juga berjumpa dengan rakyat Malaysia yang kini bekerja di sana termasuk para keluarga diplomat Malaysia di sana.

Berikut adalah foto yang diambil dari laman Facebook Anwar Ibrahim untuk pembaca Harapan Daily.

 

Ketibaan Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah disambut penuh istiadat.

 

Anwar bersalaman dengan Presiden Republik Filipina Ferdinand “Bongbong” Romualdez Marcos Jr. di Istana Malacañan.
Anwar disambut penuh istiadat di Istana Malacanan.

 

Presiden Filipina mengiringi PM Anwar memeriksa pasukan kawalan kehormat.
PM Anwar menerima anugerah doktor falsafah kehormat dari Universiti of Philipines.
PM Anwar meraikan rakyat Malaysia dan keluarga mereka di Filipina.
Â