Anwar failkan saman fitnah terhadap Awang Hashim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Solahudin Hashim menerusi peguam beliau Datuk SN Nair kerana Awang telah memfitnah dan memburukkan nama baik beliau.

Saman fitnah tersebut telah difailkan tengah hari tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut dokumen mahkamah tersebut, Anwar menuntut ganti rugi am, pampasan, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan perintah larangan terhadap Awang dan wakilnya menyebarkan kata – kata fitnah, faedah pada kadar 5 peratus,kos guaman dan relif lain kerana memburukkan nama beliau menggunakan kenyataan yang tidak benar.

Beliau turut menuntut perkara sama kerana Awang telah memfitnah beliau.

Pada 21 Feb, Awang telah memfitnah dan memburukkan nama Anwar ketika ditemui media.

Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Solahudin Hashim juga merupakan AJK Pas Pusat

Awang telah antara lain memberikan gambaran bahawa Anwar mempunyai dendam yang lebih banyak berbanding dengan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Percakapan beliau telah dilaporkan dan direkodkan dalam bentuk video oleh pihak media.

Awang turut memberikan gambaran bahawa Anwar bukan Perdana Menteri lantikan Agong yang sah dan sahih dan tidak mempunyai majoriti sokongan di Dewan rakyat.

Awang bukanlah orang pertama yang berdepan dengan saman fitnah.

Sebelum ini, pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria turut disaman oleh Anwar. Razman bagaimanapun telah meminta maaf dan kes telah ditarik balik.

BACA JUGA:Minta maaf dalam 3 hari… Awang Hashim

Ketua Pas Perak, Razman Zakaria mohon maaf kepada Anwar