Pusat akan salur bantuan segera RM50 juta pada Johor, kata PM Anwar
Kerajaan Pusat akan menyalurkan bantuan segera berjumlah RM50 juta kepada Johor selepas banjir yang melanda di negeri itu kian memburuk, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata beberapa beliau dan menteri juga akan pergi ke Johor “hari ini dan esok” bagi memantau keadaan banjir selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turun semalam.
“RM50 juta (bantuan) segera untuk Johor, bantuan bagi pengurusan sungai serta bantu kepada mangsa banjir, serta apa saja keperluan segera.
“Saya juga akan atur (turun ke lokasi banjir) dalam masa singkat,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.
Keadaan banjir makin buruk apabila jumlah mangsa di Johor terus meningkat kepada 33,149 orang yang dipindahkan ke 217 PPS setakat 8 pagi ini, lapor Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri.
Terdahulu dalam NADMA dalam laporan pukul 6 pagi ini menyatakan Johor mencatatkan mangsa tertinggi seramai 31,865 melibatkan 8,964 keluarga di 10 daerah.
BACA JUGA RM10 juta menerusi Nadma, bantu mangsa banjir Johor
JUGA Banjir di Johor makin buruk, mangsa meningkat kepada 33,149 orang