Exco Terengganu dikecam selepas didakwa perlekeh Menu Rahmah
Seorang wakil rakyat Pas yang juga Exco negeri Terengganu menerima kecaman warganet selepas videonya yang didakwa memperlekeh Menu Rahmah tular di media sosial.
Menerusi video yang berlegar di Twitter, wakil rakyat berkenaan yang dipercayai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai didakwa mempersoal kuantiti makanan yang dianggapnya terlalu sedikit.
Beliau juga bertindak menuang segelas air oren ke dalam nasi berlauk ikan dan sayur, sambil berkata ‘baru rasa nasi’.
Tidak dapat dipastikan makanan itu adalah dari program Menu Rahmah atau bukan namun warganet membuat kesimpulan demikian memandangan hidangan dijamah wakil rakyat Pas itu hanya berlaukkan ikan dan sayur.
“Ikan seekor, sayur dua butir (sikit), kuah tak ada kita letak air oren. Baru rasa nasi sikit,” katanya dalam video yang pada asalnya dimuatnaik sendiri oleh ADUN terbabit di TikTok @hajihanafiahmat, namun ia telah dipadam.
YB Hanafiah Mat, Exco Terengganu, dia cuba nak perlekeh Menu Rahmah tapi sebenarnya telah menghina rezeki daripada Tuhan… pic.twitter.com/4VQukceKil
— Shahbudin Husin (@budinwmaju) March 3, 2023
Bagaimanapun video itu sempat dimuat naik oleh warganet di Twitter yang marah dengan tindakan Hanafiah.
“YB Hanafiah Mat, Exco Terengganu, dia cuba nak perlekeh Menu Rahmah tapi sebenarnya telah menghina rezeki daripada Tuhan,” ciap penulis buku politik, Shahbudin Husin
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut menyelar tindakan Hanafiah yang dilihat merendahkan martabat orang susah.
“Ramai orang susah mendapat manfaat dari Menu Rahmah. Bukan semua bergaji besar seperti Exco dan boleh makan di tempat yang mewah.
“Kalau tidak setuju pun, tiada keperluan untuk merendahkan martabat orang susah dengan meremehkan makanan mereka. Memalukan,” ujarnya.
Pada masa sama, warganet mempertikai video yang dibuat selepas sudah hampir separuh makanan dimakan.
“Dah bantai (habiskan) pinggan dah nak licin, ikan pun dah nak habis, baru nak mengadu pasal kuah,” komen @mizzusomething.
“Mungkin dia tak pernah miskin, susah. Kalau pernah rasa sekalipun mungkin sudah lupa daratan. Haji tapi perangai,” tambah pengguna Twitter.
Baca juga: Larangan ahli politik beri kuliah, khutbah di masjid jelas dituju pada Pas
Baca juga: Najib, Arul Kanda bebas daripada tuduhan pinda laporan 1MDB