Cabaran pertahan, perkukuh kekuatan jentera parti

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, menubuhkan sebuah parti politik bukanlah satu perkara yang mudah.

Apatah lagi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu, untuk mempertahan dan memperkukuh kekuatan jentera parti.

“Namun, AMANAH ini dipelopori dan digerakkan oleh mereka yang berjiwa pejuang. Semangat kita tidak akan pernah luntur,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram itu mengajak semua pihak untuk membina Malaysia yang Rahmah untuk semua serta adil dan kukuh.

Hari ini AMANAH mengadakan konvensyen khas di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, Selangor.

Difahamkan, satu pindaan perlembagaan parti akan dilakukan dalam menentukan hala tuju komponen blok kerajaan itu.

LANJUT MENYUSUL

BACA JUGA AMANAH adakan konvensyen khas hari ini

Â