‘Mydin perlu beli banyak kordial oren bulan puasa ini’
Nampaknya Mydin perlu membeli lebih banyak stok air kordial berperisa oren pada bulan puasa ini.
Itu antara komentar warganet susulan sindiran pihak pasar raya tersebut ekoran insiden seorang Exco Pas mencurah air oren ke pinggan nasi.
“Kuah Kari ❌ Kuah Air Oren ✅,” ciap Mydin di Twitter berserta ‘meme’ dengan kelibat individu kulit putih berbaju jalur hijau.
Lebih melucukan apabila ada yang berkongsikan hasil suntingan muka depan majalah yang pernah popular dahulu, Mastika dengan ‘tajuk’ artikel yang ‘menggemparkan’.
“Akibat makan nasi kuah oren, mayat bertukar menjadi sebotol oren,” tertera pada kulit ‘majalah’ itu.
Tidak kurang juga yang mengusik pihak Mydin agar berhati-hati, bimbang perniagaan terjejas lantaran “walaun makin banyak” di negara ini.
“Mau ada lebai dan walaun yang terbakar tengok posting ni,” ciap @HykalMahmood manakala Syafiq Safwan pula secara sinis berkata, “Walaun akan boikot Mydin dan bermula shopping di Pavillion/Fahrenheit.”
BACA JUGA Exco Terengganu dikecam selepas didakwa perlekeh Menu Rahmah