Mangsa banjir tiga negeri menurun ke 51,285, Johor kekal tertinggi

Mangsa banjir di tiga negeri mencatatkan penurunan dengan mencatatkan seramai 51,285 mangsa dengan Johor kekal tertinggi iaitu 47,655, lapor NADMA.

Berbanding laporan pukul 8 malam tadi, seramai 53,440 mangsa melibatkan 15,287 keluarga terlibat.

Dalam laporan agensi itu pada pukul 6 pagi, seramai 14,741 keluarga dari 15 daerah terlibat dengan seramai 13,733 di Johor melibatkan 10 daerah.

Di Pahang terdapat 3,029 mangsa dari 860 keluarga di tiga daerah manakala di Melaka terdapat 601 mangsa membabitkan 148 keluarga dari dua daerah.

Kesemua mangsa ditempatkan di 296 pusat pemindahan sementara (PPS).

Batu Pahat mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 19,537 orang diikuti Segamat (11,044) dan Kluang (4,830).

Pahang pula, Rompin mencatatkan mangsa tertinggi iaitu 2,774 orang diikuti Temerloh (226) dan Maran (29).

Melaka di Jasin, sebanyak 591 mangsa ditempatkan di lima PPS dan 10 mangsa di Alor Gajah.