Food Bank Wakaf Rahmah pertama dilancar di Uniten

Inisiatif Food Bank Wakaf Rahmah yang pertama dilancarkan di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) hari ini bagi membantu pelajar kurang berkemampuan khususnya golongan B40 dan B10 iaitu keluarga berpendapatan kurang RM2,500.

Timbalan Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Fuziah Salleh, berkata program dengan gabungan elemen wakaf itu memberi manfaat kepada 1,000 pelajar yang memerlukan.

Menurutnya, konsep program itu adalah Food Pantry dengan Uniten akan menyediakan tempat penyimpanan sumbangan makanan daripada pihak penyumbang serta menyelaras pengagihan sumbangan kepada pelajar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Beliau berkata, Food Bank Wakaf Rahmah merupakan kesinambungan daripada pelaksanaan Program Food Bank Siswa (PFBS) dalam usaha membantu pelajar memerlukan.

Inisiatif Food Bank Wakaf Rahmah mendapat kerjasama KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Yayasan Al Manjie, Yayasan Food Bank Malaysia, Tamin Group, Le Meridien Hotel Putrajaya, Mamee Double – Decker (M), Haseenah Foundation dan Etika Beverages Sdn Bh, Nestle Products Sdn. Bhd. dan Lotus’s Store.

Dalam masa sama, kerajaan melalui KPDN turut melaksanakan inisiatif Teknologi Pembungkusan Makanan secara retort yang melibatkan industri perhotelan, katering dan pengeluar makanan.

Sebanyak 12 buah mesin retort sedang beroperasi di 10 lokasi terpilih di seluruh negara.

Program tersebut mendapat sambutan baik daripada banyak pihak dan membantu ramai golongan sasar khususnya mangsa bencana seperti banjir.

“Ini kerana makanan retort bersifat ready to eat dan ia juga amat sesuai untuk pelajar yang menetap di kolej kediaman kampus,” katanya lagi.

BACA JUGA Kad laporan 100 hari Mydin vs MP Pas jadi tumpuan netizen