PM Anwar mahu warga MOF miliki tata kelola tegas, perkemas aspek perolehan
Warga Kementerian Kewangan (MOF) diseru agar mengangkat martabat kementerian itu, sekali gus menjadikan ia digeruni kerana memiliki tata kelola yang tegas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin kementerian tersebut mampu menjadi teladan yang baik.
“Saya yakin MOF mampu menjadi suri teladan yang baik dalam memungkinkan reformasi dan perubahan yang nyata.
“Saya juga tidak mahu melakukan perkara yang sia-sia dalam kementerian, terutamanya melibatkan aspek perolehan, pengagihan, peruntukan dan seumpamanya perlu diperketat dan diperkemas,” dipetik dari laman Facebook rasmi miliknya, hari ini.
Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berucap pada majlis perhimpunan bulanan kementerian itu di Putrajaya.
Perhimpunan itu turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.
BACA JUGA Malaysia Madani: Hadi VS Anwar, satu komentar