Tiada keperluan untuk tabung pembangunan Sabah dan Sarawak

Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa tiada keperluan sekarang untuk mewujudkan tabung pembangunan Sabah dan Sarawak.

“Keperluan untuk menyediakan tabung pembangunan bagi Sabah dan Sarawak tidak berbangkit memandangkan peruntukan untuk projek dan program sambungan akan disediakan sewajarnya sehingga projek siap sepenuhnya,” kata Anwar dalam jawapan bertulis beliau kepada Isnarairrah Munirah bt Majlis (Kota Belud-Warisan).

Anwar yang juga Perdana Menteri menjelaskan bahawa kerajaan menyediakan peruntukan pembangunan untuk semua negeri-negeri di Malaysia melalui projek dan program yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun secara tahunan.

Peruntukan pembangunan adalah tertakluk kepada Kumpulan Wang Pembangunan yang turut dibentangkan di Parlimen semasa sesi Pembentangan
Belanjawan Tahunan Kerajaan Persekutuan.

“Oleh demikian, Peruntukan Pembangunan tahun semasa yang tidak dapat dibelanjakan sepenuhnya bagi sesuatu projek dan program tidak boleh dibawa ke hadapan selaras dengan Perkara 99 Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

BACA JUGA: Anwar pertimbang tambah peruntukan khas Sabah