Pendakwaan dan penyiasatan SPRM ke atas Maika, MITRA dan MIED

Pendakwaan di mahkamah dan penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Maika, MITRA dan MIED sedang dijalankan, kata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Pendakwaan telah dibuat bagi sepuluh kertas siasatan berkenaan MITRA. SPRM juga telah membuka tiga kes berkaitan MAIKA. Satu kertas siasatan dalam kajian timbalan pendakwa raya dan dua kertas siasatan telah selesai siasatan yang mana hasil siasatan mendapati tiada elemen kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“SPRM juga telah membuka tiga kertas siasatan berkaitan MIED. Satu kertas siasatan telah dituduh dan dua kertas siasatan telah selesai siasatan yang mana hasil siasatan mendapati tiada elemen kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” kata Azalina.

Beliau berkata demikian di dalam jawapan bertulis kepada M Kulasegaran (Ipoh Barat-PH) mengenai laporan audit forensik bebas ke atas tiga organisasi iaitu Maika Berhad, MITRA dan MIED.

M Kulasegaran (Ipoh Barat-PH) ialah  di antara  ahli parlimen yang seringkali membangkitkan isu berkaitan perkara ini.

Maika Berhad ialah syarikat pelaburan yang diasaskan oleh MIC.

MITRA ialah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia yang ditubuhkan sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India. Ia ditubuhkan sebagai SEDIC dan dijenamakan semula sebagai MITRA pada tahun 2018.

MIED pula ialah Maju Institute of Education Development merupakan agensi di bawah MIC yang tertumpu kepada isu pendidikan dan pendanaan pendidikan.

Perkara ini telah dibangkitkan oleh pemimpin Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan laporan audit forensik bebas ketika kempen pilihan raya umum ke-14.

BACA JUGA:  SPRM tahan reman Bendahari Agung Bersatu