Perjanjian pintu sempadan Malaysia-Indonesia dimuktamad selepas lawatan Presiden Jokowi
Kerajaan sedang dalam fasa untuk memuktamadkan satu Perjanjian Lintas Batas (CBA) atau Border Crossing Agreement antara Malaysia-Indonesia, berikutan pembukaan ibu negara baharu Indonesia iaitu Nusantara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution menjangkakan kerajaan Malaysia akan menandatangani perjanjian tersebut tahun ini ketika Presiden Indonesia, Jokowi melawat Malaysia.
“Sekarang kita dalam fasa pembikinan memuktamadkan satu perjanjian dipanggil Border Crossing Agreement.
“Dari segi carta perbatuan, kita jangka akan tandatangan apabila Presiden Jokowi melawat Malaysia tahun ini,” katanya dalam sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Roy Angau Gingkoi (Lubok Antu-PBB) berkenaan limpahan pelawat rentas ekoran pembangunan ibu negara Indonesia di Kalimantan.
Menurut Saifuddin, kerajaan ketika ini dalam fasa memuktamadkan sekurang-kurangnya tiga perkara iaitu berkenaan senarai pintu masuk.
Ia termasuklah kemungkinan menambah pintu masuk baru atau menggunakan pintu sedia ada yang sudah diwartakan.
Selain itu, KDN juga bersetuju untuk memuktamadkan semula ‘area of access’ di mana akan melibatkan aliran keluar masuk rakyat Indonesia.
“Di situ kami lihat ada potensi berlaku unsur pelanggaran atau memungkinkan ancaman. Kedua-dua negara sedang berunding untuk memuktamadkan kawasan di mana penduduk dua-dua negara boleh berada.
“Yang ketiga, berkenaan semakan elemen perundangan. Jika kesemua ini dapaat diuruskan, aspek keselamatan akan tetap menjadi keutamaan,” katanya lagi.
BACA JUGA Pendakwaan dan penyiasatan SPRM ke atas Maika, MITRA dan MIED
Â