PH Terengganu harap polis siasat Abdul Hadi
Pakatan Harapan (PH) Terengganu berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyanggah titah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pengerusinya, Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, walaupun larangan ahli politik menggunakan masjid serta surau sebagai pentas kuliah atau ceramah itu jelas demi mengelakkan institusi suci umat Islam dicemari politik kepartian tetapi Abdul Hadi menyanggah dan menyatakan akan terus berkuliah seperti biasa.
“Bukan sahaja kenyataan tersebut tidak patut dikeluarkan oleh seorang bergelar pemimpin bahkan cara kenyataan itu dikeluarkan secara terbuka adalah tidak kena kerana beliau sebagai pemegang gelaran darjah kebesaran Datuk Seri dari Terengganu patut lebih tahu akan cara yang lebih beradat dan mengikut protokol,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, Abdul Hadi sewajarnya lebih tahu cara berurusan secara rasmi dengan kerajaan negeri dan istana memandangkan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu pernah menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.
“Dengan konsep kerajaan Melayu Islam yang dilaungkan oleh Perikatan Nasional yang didukungi oleh Pas dan Bersatu, cara tersebut juga tidak bertepatan dengan nilai Melayu Islam sebenarnya yang diuar-uarkan mereka,” uajrnya.
Dalam masa sama, Raja Kamarul berpendapat kenyataan Abdul Hadi itu mempunyai banyak kesan buruk kepada ketenteraman awam memandangkan pemimpin Pas itu merupakan seorang pemimpin politik kanan negeri dan negara.
BACA JUGA MP Marang biadab, tidak hormati titah Agong
Â