Mahiaddin akan didakwa esok

Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa Pengerusi Perikatan Nasional merangkap Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Mahiaddin Yassin akan didakwa di mahkamah besok.

“Esok beliau dijangka akan didakwa. Bukan hari ini,” beliau dipetik berkata oleh Berita Harian.

SPRM dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat ini.

Mahiaddin tiba di ibu pejabat SPRM lebih kurang pukul 11 pagi untuk disoalsiasat berkaitan program Jana Wibawa yang dilaksanakan ketika beliau menjadi perdana menteri.

Sebelum ini, ahli parti beliau Datuk Wan Saiful Wan Jan telah didakwa berkaitan dengan program yang sama atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM6.9 juta manakala timbalan ketua bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan pula didakwa atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM500,000.

BACA JUGA: Mahiaddin tiba di ibu pejabat SPRM