‘Hidup PN’ sambut kehadiran Mahiaddin
Suhu di Mahkamah Kuala Lumpur setakat jam 8.30 pagi tadi makin panas dengan kehadiran penyokong Perikatan Nasional (PN).
Kumpulan penyokong Tan Sri Mahiaddin Md Yasin hadir dengan mengenakan pakaian berwarna putih dan kain lilit kepala dengan tanda pagar AbahTabah sambil memekik ‘Hidup PN’.
Beberapa ahli Parlimen PN juga dilihat hadir. Antaranya, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Faizal Azumu; Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati; Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun; Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, dan Datuk Rashid Hasnon.
Mahiaddin yang juga Pengerusi Bersatu tiba di mahkamah jam 8.40 pagi tadi.
Dia bakal menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Seksyen 4(1) b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Mahiaddin menjadi bekas Perdana Menteri kedua yang menurut jejak Datuk Seri Najib Razak diheret ke mahkamah atas pertuduhan mengikut peruntukan seksyen yang sama.
BACA JUGA Mahiaadin turut jejak Najib diheret ke mahkamah pagi ini
Â