Penyokong ‘Abah’ guna naratif ‘kezaliman politik’

Kumpulan penyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yang berkumpul di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini dilihat menggunakan naratif ‘sandiwara’ dan ‘kezaliman politik’.

Penyokong Bersatu hadir bersolidariti untuk presiden mereka.

Mereka yang berbaju putih tertera ungkapan  ‘Kami Bersama Abah’  bersolidariti untuk Mahiaddin yang dipanggil ‘Abah’.

Dianggarkan kira-kira 50 penyokong PN dan Bersatu hadir pagi ini menyokong Mahiaddin yang berdepan pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dan kesalahan pengubahan wang haram.

Setakat jam 9 pagi tadi, mereka masih melaungkan ‘Hidup PN’, selain menyanyikan lagu ‘kita lawan, kita lawan Pakatan Harapan’.

Penyokong Bersatu daripada kalangan wanita turut hadir memekik sokong Mahiaddin.

BACA JUGA Mahiaadin turut jejak Najib diheret ke mahkamah pagi ini